Tuesday 3 February 2015

WHAT'S YOUR FAVOURITE PIZZA?

Hello Malaysians!

I am a pizza-freak, which means I'm crazy about pizzzzzaaass!

Di Malaysia ni, restoran yang menyajikan pizza cuma banyak di kawasan lembah Klang (dan mungkin Pulau Pinang). Kalau di kampung aku di utara nun, Pizza Hut ada tapi agak jauh (maksudnya rumah tak termasuk dalam kawasan penghantaran). Domino's Pizza ada tapi sebuah outlet saja, itupun laaagi jauh dan baru saja dibuka. 

Di bawah ni adalah senarai restoran pizza kegemaran aku:

1. Papa John's Pizza

Aku pertama kali makan pizza ni pada tahun 2008. Waktu tu aku tengah tunggu bas balik kampung pukul 1 pagi, dan disebabkan aku menggunakan LRT untuk ke Puduraya, aku singgah di Times Square.

Apa yang aku suka di Papa John's ni, rotinya lembut dan ia menyediakan sos mentega bawang putih (garlic butter sauce) dan jeruk lada bersama pizza. Pilihan pizza pun banyak. Favourite aku? Super Papa Pizza! Kepada mereka yang tak makan daging lembu, boleh pilih Chicken Super Papa!

Yang bestnya, Papa John's punya harga affordable, dan ada banyak promosi. Sekarang ni ada promosi 1 regular Hawaiian Chicken Papa pizza untuk harga RM9 sahaja! (Tapi kalau nak delivery, minimum order RM20, so kena ambil side orders apa-apa). Penghantaran pun percuma. Aku selalu take-away je di outlet, sebab outlet di Ativo Plaza tu dekat je dengan rumah aku. 

Ni pizza RM9 aku!


Antara promosi-promosi yang ada sekarang:





Lagi satu aku suka tentang Papa John's ialah kolaborasi kad loyalti mereka dengan BCard. So, aku ada Papa Home Card. Berwarna hijau. Pendaftaran percuma saja! Antara yang best tentang kad ni:

Beli 1 Percuma 1
Percuma 9" Hawaiian Papa Pizza pada bulan harijadi
Keahlian percuma seumur hidup!

2. Vivo Pizza

Restoran ni susah nak jumpa. Aku tahu tentang restoran ni pun sebab terjumpa di The Curve. Apa yang best tentang restoran ni ialah suasana restoran yang selesa, tak padat, tenang dan cosy.

Aku suka weekday deal yang sedang ongoing sekarang!


Setiap hari Isnin hingga Jumaat, korang boleh makan semua macam aku makan di atas untuk harga RM13.90 sahaja (tidak termasuk cukai dan caj servis). Apa yang anda dapat:

- 8" Pizza - yang kat atas ni aku pilih Italian pizza. Besar tau 8 inci, untuk makan sorang memang cukup sangat!
- Sup cendawan dan garlic bread
- Cake of the day - kek yang disediakan untuk promosi hari tersebut. Aku dapat Oreo Cheesecake
- Soft drinks (kalau nak minuman lain, tambah seringgit. Macam hari tu aku order Light Coke, so jumlah yang aku kena bayar ialah RM14.90)

Personal pizza biasa di Pizza Hut dan Domino's berukuran 6" dan berharga lebih kurang RM10-RM11 so korang bandingkanlah berbaloi tak?

3. Domino's Pizza

Pizza Domino's memang sedap, roti nipis dan lembut walaupun dah sejuk dan dipanaskan semula, dan penghantaran pun cepat. Kalau take-away pun cepat dapat tempahan. Apa yang aku suka tentang Domino's ni, dia ada kupon harga promosi pada satu-satu masa. Jadi harganya memang murah. Penghantaran pun percuma.

Anda boleh dapat Beli 1 Percuma 1 kalau beli kad keahlian Domino's Express Card. Sejak tahun 2013, aku renew kad ni setiap tahun. Nak tahu kenapa berbaloi?

Harga kad ni RM50 perlu renew setiap tahun. Beli 1 regular pizza, dapat percuma 1 lagi regular pizza. Tapi valid kalau takeaway saja. Kalau penghantaran ke rumah, tak boleh guna kad ni. Jadi mengapa aku kata kad ni berbaloi?

Sebab, bila daftar kad ni, anda dapat kupon Regular Pizza percuma secara terus - tak perlu buat apa-apa pembelian minimum. Boleh tebus terus. Harga regular pizza RM23.90. Lepas tu, takkanlah sepanjang tahun korang tak singgah outlet dia langsung kan? Bila takeaway, dapat percuma lagi 1 pizza. Kalau campur dua2 termasuk cukai, harganya dah sama dengan harga kad. Aku nasihatkan korang yang tinggal berdekatan dengan outlet Domino's dan mudah untuk takeaway, beli kad ni. Lebih berbaloi. Renew cuma RM30 setiap tahun seterusnya.

TAPI

RM50 bagi aku mahal untuk sekeping kad. Jadi...

Kalau korang macam aku, tak tinggal dekat sangat dengan outlet, pergi jarang-jarang, dan prefer penghantaran, aku bagi satu tips. Pada setiap awal tahun (bulan Januari) dan pertengahan tahun (bulan Jun), Domino's akan buat promosi diskaun untuk pendaftaran/pembaharuan kad. Macam tahun ni, aku renew untuk harga RM25 sahaja. Dan dapat percuma regular pizza! Untuk ahli baru, pendaftaran RM30. Lebih murah kan? Pada pertengahan tahun, harga kad tu murah sebab anda cuma ada lagi 6 bulan untuk gunakan kad tu. Tamat tempoh setiap 31 Disember. Sebab tu diorang bagi diskaun. Lebih berbaloi kalau korang join dari awal tahun, tapi kalau dah terlambat, sempat lagi join di pertengahan tahun waktu promosi RM30 tu.

4. Pizza Hut

Paling aku tak suka. Satu-satunya benda yang baik pasal Pizza Hut ialah keju stuffed crust dia. Lagi satu, cawangan Pizza Hut dah banyak dibuka di kawasan-kawasan pekan kecil dan kekampungan, jadi baguslah untuk orang-orang kampung yang teringin nak makan pizza. Itu saja. Pizza Hut sedap... tapi.. Kenapa aku tak suka Pizza Hut?

1) Kena tunggu lama. Servis yang sangat teruk dan slow (lembab)
- Waiter kadang-kadang blur dan tersilap ambil order
- Waiter lambat datang ambik order padahal dalam restoran ada dalam 4-5 pelanggan sahaja (terjadi di Pizza Hut Sri Damansara pada tahun 2014)
- Aku pernah tunggu hampir sejam lebih untuk dapat order. Rupa-rupanya diorang lupa. Nak nangis aku. Dahlah kelaparan, datang makan sorang-sorang duduk terasing, boleh pulak dilupakan T_T - (ni terjadi di Pizza Hut Seremban Parade pada tahun 2010)

2) Pizza berkualiti rendah, bergantung kepada tukang pembuat pizza
(Ada outlet yang okey, tidak kedekut keju dan topping, sedap)
- Pizza hangus dan liat (terjadi di Pizza Hut Seremban Parade pada tahun 2010)
- Roti yang tebal, cepat keras dan liat bila menyejuk

3) Pizza boys tak profesional
- Taktau kenapa, walaupun kat restoran pizza lain budak-budak melayu lepasan SPM juga yang bekerja, pekerja-pekerja Pizza Hut selalunya sangat tak profesional
- Contohnya, bila buat penghantaran, sentiasa tak ada/tak bawa duit kecil/wang baki walaupun dah diberitahu kita akan bayar dengan sekeping wang RM50/RM100 dalam telefon/online. Taktik ke nak dapat duit kocek lebih? Terjadi pada aku di Seremban, 3 kali berturut-turut budak hantar pizza kata tak ada duit baki. Aku terus marah dan kata "asyik-asyik takde duit baki. hari tu kawan awak pun tak bawak duit baki!" Tiba-tiba dia terus keluarkan duit kecik seringgit-seringgit. Baki dalam RM3 je tapi dia terbagi RM4! Nampak, terus panik sebab kantoi!

4) Penghantaran pizza yang lambat dan caj penghantaran
45 minit. Lama tu. Perut berkeroncong. Sekarang dah ada PHD aku tak pasti lah. 30 minit kot sebab nak bersaing dengan Domino's? Tapi kalau takeaway, Domino's menjanjikan 15 minit siap, kalau tak dapat kupon pizza percuma. PHD tidak, masih 30 minit. Sebelum ni ada caj penghantaran RM2. Sekarang PHD aku tak tahu. Korang cekidaut sendiri. Aku memang jarang order Pizza Hut.

5) Canadian 2-for-1 Pizza

Cawangan tak banyak. Roti nipis dan nampak murah. Tapi sedap, dan harga affordable. Ongoing promotion buy 1 free 1. Aku pernah makan sekali je di cawangan Giant Kota Damansara, so tak boleh komen lebih.

6) Swedish Pizza

Ada di Jalan Tun  Mohd Fuad 3, depan pejabat Triways dan Coffee Bean, sederet dengan Affin Bank. Sedap, tapi harga tak terlalu murah (mahal sikit lah tu, hihi). Yang bestnya, pizza dia lain dari yang lain. Topping luar biasa sikit. Aku pernah makan sekali Karl Gustav Pizza. Boleh tahan!

Itu saja. Yang mana satu restoran pizza kegemaran anda? Kongsikan!


No comments:

Post a Comment