Wednesday 4 February 2015

SEWA RUMAH

Sekarang ni aku sewa rumah dengan kos RM1000 sebulan. Pangsapuri baru, 3 bilik dan 2 tandas. Rumah cantik, tenang, tingkat bawah sekali pulak tu. Siap ada covered car park. Lokasi pula strategik, kedai makan dekat, hospital dekat, lebuhraya utara-selatan pun dekat. Jadi nak pergi Bandaraya KL memang senang dan cepat.

Tapi sejak berhenti kerja pertengahan tahun lalu dan buat kerja freelance sekarang, aku dah jadi pokai. Nampak gayanya aku kena cari rakan serumah untuk kongsi bayaran sewa.

Masalahnya, aku ni jenis tak suka berkongsi rumah dengan orang, apalagi yang belum aku kenali. Tak tahu apa ragamnya. Aku perlukan orang yang pembersih. Tak sombong tapi terlalu busybody. Bayar sewa on time tanpa alasan. Tidak ambil peluang mencuri barang-barang berharga housemates. Sama-sama bergilir-gilir buang sampah, cuci tandas dan sapu lantai.

Sesetengah orang pulak suka tinggal pinggan mangkuk cawan dalam singki berhari-hari. Tinggal makanan dalam peti sejuk sampai basi dan berbau tak dibuang-buang. Gulai terpercik dalam microwave tak dilap. Mangkuk plasti masuk microwave sampai cair. Kuali diguna sampai hitam dan hangus. 

Ada yang jenis suka pasang muzik kuat-kuat. Ada pulak yang terlalu sensitif sampai tak boleh dengar muzik langsung pada waktu malam. Ada yang suka pasang aircond 24 jam, ada yang terlalu berjimat sampai bila kita kepanasan dan pasang aircond, dia tarik muka.

Ada yang bawa masuk lelaki masuk rumah. Abang, kawan, boyfriend, suami. Aku ada kucing. Kalau orang yang suka kucing dan tak ada alahan bolehlah tinggal serumah dengan aku. Aku pernah hadapi situasi kawan pindah sebab alahan kucing. Alahai.

Kadang-kadang pulak, aku ada masalah emosi atau kemurungan dan hendak bersendirian, jadi malas nak bercakap dengan orang. Tapi kalau dah bertembung dengan rakan serumah takkan tak tegur, nanti apa pulak diorang cakap.

Berkongsi rumah sewa dengan orang lain memerlukan banyak pengorbanan. 

Tapi Alhamdulillah setakat ni aku pernah menyewa dengan orang yang baik-baik saja. Yang annoying ada, tapi sekejap saja. Contohnya:

1. Tak flush tandas selepas guna
2. Tak basuh gelas selepas minum
3. Ambil shampoo, makanan orang tanpa kebenaran (hari-hari pulak tu)
4. Tegur aku sebab letak rak kasut di tepi pintu (padahal aku sayang kasut tu sebab taknak berdebu)
5. Letak kasut aku kat luar sampai penyek
6. Kerek dan tak peduli hal orang lain

Tengoklah macam mana. Duit punya pasal, manusia sanggup buat apa saja. Bisa bikin orang sakit kepala. Dah tak boleh tidur malam aku ni.

No comments:

Post a Comment