Saturday 31 January 2015

TENGOK WAYANG FREE: BAHAGIAN 1

Nama aku Lia. Ni entry pertama aku. Ada pembaca tak? Put your hands up, put your hands up!

Aku ni perempuan single. Hey ya single lady, put your hands up! Aku ni nak kata tak cantik, actually boleh tahan jugak (terpaksa angkat bakul sendiri sebab takde orang nak angkatkan) tapi nak kata cantik sangat tahap selebriti pun tak jugak. Ex-boyfriend aku pernah cakap skala kecantikan aku 6/10 je. (Kalau korang, nak tampar dia laju-laju tak? Hehe).

Kisah hidup aku dan kenapa dia ex nanti aku akan cerita bila-bila yang aku rasa ada mood romantika okey. 

So kisahnya aku ni suka berjalan sorang-sorang, dari zaman remaja lagi suka keluar outing sorang-sorang. Orang kata aku pelik. Ada lelaki panggil aku lone ranger. 

Aku ni memang kaki wayang free. Bukan kaki wayang, aku sebenarnya tak selalu sangat tengok wayang (tapi tengah mula menjinak-jinakkan diri) tapi aku suka tengok wayang percuma. Macam mana nak tengok wayang percuma? Stay tuned.

Minggu lepas aku berjaya mendapat 2 tiket percuma untuk free screening sempena pembukaan Golden Screen Cinema di Nu Sentral Mall. First time pergi Nu Sentral Mall, first time jugak pergi free screening.



Kebetulan hari sebelum tu aku terbuka laman web GSC, so ternampak iklan free screening tersebut seperti di bawah. Hanya perlu print kupon tu dan bawa ke panggung, mudah kan. Setiap kupon boleh dapat 2 tiket wayang percuma untuk mana-mana filem yang disenaraikan. Filem-filem yang ditayangkan filem-filem tahun lepas (siapa nak bagi kau tengok filem baru free kalau bukan masa birthday kan).  



Hari pertama aku pergi tu hari Isnin 26 Januari 2015. Aku sampai Nu Sentral Mall pukul 5.30 petang macam tu. Parking banyak lagi. Sampai ke cinema, tengok orang beratur ramai jugak. Aku dapat tiket untuk filem yang aku idam-idamkan, The Maze Runner. Memang dah lama nak tengok filem ni tapi masa dia baru keluar, kedudukan kewangan tak mengizinkan. Hehe. Aku ambil satu tiket je, patut dapat lagi 1 tiket tapi aku kesian kat orang lain yang beratur ramai-ramai tu nak tiket free jugak so aku pun taknaklah tamak haloba. Dapat tengok 1 movie free dalam sehari pun cukuplah. Dapat seat cantikkk punya. Nak tau apa jadi dalam wayang tu? Tungguuu kat bawah nanti aku cerita.

                                Nampak tak? Cash RM 0.00 = free!!!

Hari Selasa 27 Januari 2015 aku nak pergi lagi tapi aku kerja petang, pagi pulak aku tidur. Maka tidaklah aku pergi menonton wayang. Aku pergi the next day 28 Januari 2015, hari terakhir. Aku sampai dalam pukul 3 petang. Fullamak, orang beratur panjang gileeee tak terbayang kepanjangannya. Mamat bangla pun ada, ye lah kesian diorang mungkin selama ni tak mampu nak tengok wayang, bila dapat percuma siapa yang taknak kan. Lagipun ada 2-3 filem Tamil/Hindustan yang ditayangkan. Hajat di hati nak tengok Book of Life, tapi sold out. Yang tinggal cerita Tamil, yang hollywood cerita Maleficent, dan cerita Melayu "Mana Mau Lari". Aku ni poyo memilih sikit kalau tengok cerita melayu, selalunya kalau arahan Razak Mohaideen atau David Teo aku tak tengok (sebab lawak merepek merapu, low quality, tak mencabar minda), tapi sebab aku dah pernah tengok cerita Maleficent dan taknak tengok cerita Tamil, aku pilihlah filem "Mana Mau Lari" tu. Nak try test tengok best ke tidak cerita ni.

The Maze Runner


Aku dapat seat atas, tapi memang tinggal 1 seat kosong je kat barisan tu. Sebelah kanan aku ada pompuan yang tengah lentok baek punya kat bahu suami/kekasih dia. Kat sebelah kiri aku ada pompuan cina dua orang, pegang buku A-Level. Student kolej la tu. Masalahnya salah sorang daripada diorang ni rasanya dah penah tengok cerita ni, so dia tak pay attention langsung. Dahlah suara kuat, dia bersembang dengan kawan dia memanjang sampailah cerita habis! Aiyooo. Geram jugak aku. Tengah saspen2 dia pulak bercakap-cakap. Aku suka movie ni tapi ending tergantung. Kena tunggu sequel. Nak tau cerita dia pasal apa? Korang google cari kat wikipedia ke IMDB ke ya.

Mana Mau Lari


Masa beli tiket aku tanya adik penjual tiket kat kaunter tu, best tak cerita ni, siapa berlakon. Dia bagitau aku ada Apek Senario, Tauke Raja Lawak, Yassin. Dia kata dia pernah tengok dan dia suka cerita tu. Tapi dia nampak macam remaja mat rempit yang memang suka komedi Razak Mohaideen/David Teo so tak peliklah kan. Aku pun give it a try. Opening je fail, ada motor-motor ni mesti cerita rempit ni. Tapi lawak dia boleh tahan, kira aku ada gelak la jugak dalam wayang tu. Sebelah kanan aku kosong, sebelah kiri aku ada 2 budak lelaki remaja ala-ala mat rempit jugak.

Bayangkan, hampir suku seat wayang tu masih kosong walaupun tiket diberikan percuma! Ramai yang datang nak tengok cite omputeh, bila tiket habis diorang balik. Kesian kan filem melayu kita ni! Bagi free pun panggung tak penuh! 

Yang menyayat hatinya, dalam 15 minit lepas filem bermula, ada sorang lelaki usia dalam 40-an masuk dan cari seat dia. Aku tak nampak sangat muka dia tapi dia pakai baju kemeja pejabat, rambut putih, muka macam mat saleh tapi mata sepet macam cina. Dia tanya aku, "Hi I am not Malaysian, is this my seat?" Dalam gelap gelita tu aku cuba telek dia punya tiket. Hah, betul lah tu. Aku kata "yes, this is your seat." Lepas tu dia duduk. Lepas tu kesian gila kat dia. Baru aku perasan filem tu takde subtitle! Aiyoooo. Mamat tu tengok kiri kanan, kejap kedepan kejap ke belakang, kejap dia taip something kat phone. Bila kitorang gelak dia terpinga-pinga. Tak lama lepas tu dia angkat punggung dan blah. Kesian betul dia. Mesti dia kecewa. Nak cuba tengok filem buatan Malaysia, tapi takde subtitle. Dah tu filem tak menarik pulak tu. Asyik-asyik naik motor, cari motor. Aiyoooo. Aku rasa mesti dia serik nak tengok filem melayu dah.

Aku nasihatkan lepas ni, pihak GSC letaklah subtitle walaupun free screening. Aku taktau siapa yang salah, GSC atau producer. Ke memang sejak azali filem tu takde subtitle. Dah tu pulak aku tak selesa betul dengan bahasa melayu yang diorang guna dalam filem tu. Panggil kawan-kawan "der... der..." Amendeeee! Rosak bahasa melayu! Nak tunjuk filem macam ni kat orang luar pun tak boleh dibanggakan, malah memalukan. Bila keluar panggung, masa tengah tunggu lif untuk turun ke surau di tingkat 1, terjumpa lah 1 keluarga melayu yang moden, free-hair dan nampak macam orang Ke-el (KL). Diorang pun baru habis tengok cerita Mana Mau Lari tu dan aku terdengar pompuan tu panggil kawan dia "Der... Der" lepas tu dia gelak "Hee geli pulak rasa cakap bahasa diorang ni!" pastu dia gelak lagi. Agaklah, amende "der der" kan. Kalau ya pun datang dari perkataan 'brader', tu dah distorted sangat. Macam "ape celop". Dah ada "apa cer" tu dahlah. Apasal nak rosakkan bahasa melayu dan reka tagline yang menyimpang jauh dan tak masuk akal. Nasib baik "ape celop" tak trending.

Okeylah kawan-kawan. Ini entry pertama aku, dan ini cerita aku. Kalau korang nak tahu, aku ni:

Single
Perempuan
Umur 28 tahun
Pakai tudung
Anti-Perosak bahasa Melayu yang keterlaluan 
Penyokong tegar barangan buatan Malaysia dan produk bumiputera Islam.

Selamat berkenalan! Nanti aku cerita lagi pasal wayang free yang aku pernah tengok.

Kalau korang nak tau, ada beberapa cara untuk dapatkan tiket wayang free:
1) free screening e.g. pembukaan panggung wayang baru
2) menangi peraduan
3) pakai prepaid Tunetalk - boleh kumpul points setiap kali korang topup, dan setiap 250 points, korang boleh redeem 1 tiket wayang MBO percuma!

Dan cara paling senang:
4) sertai membership GSC/MBO - keahlian percuma seumur hidup
GSC: daftar online. 2 tiket wayang percuma di bulan harijadi (tapi mestilah filem yang bertanda * dan filem yang sama untuk kedua-dua tiket. Filem yang baru fresh keluar tak boleh)
MBO: daftar kat kaunter, nanti diorang bagi kad. Dapat 2 tiket wayang percuma di bulan harijadi, boleh pilih 2 filem kalau korang macam aku yang tamak dan suka tengok filem sorang-sorang. Kalau nak share dengan kawan/kekasih pun boleh.
TGV ada membership jugak tapi kena bayar. Tak sure berapa, korang check out website diorang ok! 

Tahun lepas masa bulan birthday aku, aku redeem 4 tiket percuma!
GSC: Big Hero 6 (dapat 2 tiket, lagi satu burn sebab pegi sorang kan. Seat sebelah kosong, yipppee!)

MBO: tengok movie Interstellar dan John Wick.




Aku pernah dapat 4 tiket wayang TGV percuma masa birthday aku pada tahun 2011. Itu kira macam tuah jugak lah, sebab Nuffnang pilih secara random. Sekali dapat 4 tiket beb! Aku bagi adik aku 2, aku ambik 2! Aku tengok filem Mission Impossible III: Ghost Protocol dan Sherlock Holmes. Sorang-sorang lah! Kalau kawan nak join, bayar tiket sendiri! Haha.




Korang pernah tengok wayang free? Kongsikan cerita!