Thursday 5 February 2015

LONDON WEIGHT MANAGEMENT

Hari ni sepatutnya hari terakhir sesi rawatan aku di London WM ni. Macam mana aku boleh terjebak dengan pusat kecantikan ni? Panjang ceritanya. Nanti aku cerita. Tapi aku sebenarnya taklah gemuk pun. BMI ideal. Cuma perut buncit sikit dan punggung besar. Haha. Aku sebenarnya sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak sign up apa-apa pakej kecantikan dah. Selalunya aku tak bawa kad kredit, debit card dan wang tunai pun sebab taknak tergoda dengan apa-apa tawaran baru. Diorang ni sentiasa promote benda baru. Asyik nak ambik duit kita. Tapi hari ni aku 'terbawa' beg. Selalu aku tinggalkan dalam kereta bila nak pergi untuk sesi rawatan tu. Disebabkan aku dah sampai ke tingkat atas sekali, aku malas nak berpatah balik.

Alkisahnya, si May ni dah ambik RM200 deposit dari kad aku TANPA MINTA KEBENARAN AWAL dari aku. Dia ambil kad aku untuk cuba buat bayaran ansuran Maybank, tapi kad aku tu dah ada balance transfer dan ada 1 ezypay, bil pun aku lambat bayar, so Maybank decline untuk Ezypay seterusnya. Tiba-tiba dia kata dia cash out RM200 booking fee untuk pakej 5 sesi rawatan tambahan bernilai RM1800. Aku terkejut lah! Tak beritahu pun tiba-tiba caj kad aku! Aku bagi kad tu untuk cuba ezypay saja! Jadi hari ni, aku nekad nak minta dia ganti RM200 tu dengan sesi rawatan ekstra, losyen ke, ataupun minuman beberapa sachet. Dia kata tak boleh. Aku minta refund, lagilah tak boleh. Dia dah buat muka. Dia kata kalau aku tak buat bayaran pendahuluan atau buat ansuran hari ni, duit RM200 tu hangus. Aku bagitahu dia, aku dah banyak hutang. Dengan jujur aku bagitahu dia hutang kad kredit aku berjumlah RM10,000 pun aku belum habis bayar balance transfer RM454.17 setiap bulan. Dahlah aku tertipu dengan Miracle Hair Treatment, beli produk rawatan rambut sampai ansuran RM 85.95 setiap bulan. Dah RM500++. Aku cakap maaf, aku tak boleh nak bayar apa-apa hari ni. Duit cash cuma ada RM50. Dia kata, okey dia bagi aku peluang, bayar RM100 saja, dia tambah 3 sesi rawatan untuk aku. Duit RM200 tu tak hangus. Aku rasa ni cara terbaik, jadi aku setuju. Memang aku janji pada diri aku sendiri aku taknak berbelanja hari ni, tapi aku taknak juga wang RM200 aku tu hangus. Jadi, aku bagitahu May, aku hanya akan bayar tunai tapi dalam dompet aku cuma ada RM50. Aku minta nak keluarkan duit dari ATM. Dia berkeras kata ada debit card, boleh buat transaksi di sini saja. Aku cakap dengan dia terus terang, aku dah serik nak bagi kad dekat diorang ni sebab diorang suka caj lebih dari yang dijanjikan. Shirley Dorra pernah caj RM300 pada debit card aku untuk duit deposit padahal aku cuma suruh depositkan RM50! Dia kata tak apa, aku boleh ikut dia dan tengok sendiri mesin tu, klik sendiri nombor pin. Aku setuju. Aku tengok sampai habis dia caj RM100 sahaja. Lega. 

Yang aku geram jugak, bila aku datang aku bagitahu dia "ini sesi rawatan terakhir saya kan", muka dia terus panik. Lepas tu dia terus serius. Konon-konon periksa setiap inci tubuh aku untuk lemak-lemak dan selulit. Asyik yakinkan aku yang lemak makin bertambah. Aduh aku dah tahu taktik tu, dan aku tahu bila nak keluar sekejap lagi mesti susah sebab dia mesti nak suruh sambung rawatan (maksudnya bayar untuk pakej baru). Dia sangat tak sabar untuk slow talk aku, sampai dia tak ambil ukuran lilit bahu, perut, peha, dan pinggul lepas rawatan mesin pecah lemak tu! Bila aku tanya, dia kata ya, hari ni tak payah ukur. WTF! Kalau hari terakhir, wajiblah kena ukur sebab nak tau beza sebelum dan selepas rawatan. Tapi aku tahu dia taknak biarkan aku pergi dan taknak jadikan hari ni hari terakhir rawatan aku, sebab tu dia tak ambil ukuran. Dah tu bila aku bagi banyak alasan untuk taknak pakej baru, muka dia masam mencuka, buat muka tak tahan. Bila aku kata okey untuk bayar RM100, terus gembira dan senyum lambai aku balik. Aduh. Bisnes, bisnes. Duit, duit. Bisa menjadikan mereka-mereka ini senyum melebar.

Gambar sekadar hiasan. Ini bukan konsultan aku.

Lepas ni, aku nak pergi habiskan ketiga-tiga rawatan dengan tangan kosong. Tak ada beg, tak ada dompet, tak ada kad kredit. Aku akan cuma bawa satu casing kecil untuk letak tiket parking dan wang RM1 x 5 untuk bayar wang parking. Jangan perdaya aku untuk tambah apa-apa rawatan lagi. Waktu rawatan tadi dia asyik kata saluran limfatik aku makin tersumbat sebab lipatan kulit making menghitam. Dia kata berat badan tak ada perubahan (memanglah, sebab aku tak jaga makan. Pagi tadi saja aku dah bantai Sausage McMuffin with egg, 2 Hotcakes, 1 hash brown, 1 cup of tea di McDonald's. Tengah hari pulak large french fries, immediately lepas buat rawatan menguruskan badan). Aku pergi London WM ni untuk buang toksin badan saja. Aku suka sauna, scrub, hot blanket dia. Yang paling best, sebab dapat mandi. Pecah-pecah lemak tu jatuh nombor dua. Aku anggap ni macam spa saja. Itu saja cerita aku. Macam mana aku boleh terjebak dengan London WM, Dorra Slimming, dan Miracle Hair Treatment, nanti aku cerita. Yang paling best aku pernah buat rawatan di Yun Nam Haircare dan New York Skin Solutions dengan 'bayaran' RM10 sahaja (sepatutnya percuma, tapi sebab nak tutup mulut diorang, aku bagi RM10 kononnya untuk booking pakej rawatan beribu-ribu ringgit yang mereka tawarkan. Dan masa tu aku betul-betul bawa RM10 sahaja dan semua kad aku tinggalkan dalam kereta kecuali kad debit CIMB aku yang hanya ada baki RM30). Aku harap ini yang terbaiklah, sebab aku taknak burn RM200 tu, walaupun dalam masa yang sama aku taknak berbelanja. Aku kena fikirkan risiko dan hasil daripada perbelanjaan dan kesilapan terdahulu juga. Tak apalah, aku akan gagahkan diri untuk tamatkan lagi 3 rawatan. Kali ni aku akan jaga pemakanan dan pastikan pada sesi terakhir, berat badan aku benar-benar turun sehingga aku boleh tolak semua tawaran mereka untuk menyambung rawatan ke beli apa-apa pakej baru. Tapi aku ada kad keahlian jadi aku boleh datang untuk sauna sahaja pada bila-bila masa, seumur hidup! (Tapi jangan harap kau datang untuk sauna diorang tak cuba pujuk untuk beli pakej dan produk itu ini. Mesti ada punya. Kalau boleh, elakkan!)